Tudiaa Penang ke pusingan kedua Piala FA baq angg!
Penang kejutkan Kedah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi pusingan pertama malam tadi.
Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga tamat masa tambahan. Depa sama-sama hebat!
Tapi penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi muncul wira apabila menyelamatkan 2 penalti daripada Kedah.
Penang akan berdepan Kuching City pada pusingan kedua nanti.
Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Kedah di Darul Aman.
Hmm, harap penyokong Kedah sabaq dan jangan kalut sebab musim baru bermula.
Lagipun kan hampa semua baru dapat jurulatih baru Nafuzi Zain. Bagi la masa sikit kat dia.
Tapi kalau jentera serangan Kedah lebih tajam lawan Penang, tak payah pun main sampai sepakan penalti kan?
Mengiringi Penang ke pusingan kedua adalah Sri Pahang yang kalahkan Perak 2-1 malam tadi.
Ketinggalan 1 gol, skuad Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Abdul Malik Mat Ariff sebelum Stefano Brundo jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan menerusi sepakan penalti.
Sri Pahang akan berdepan Selangor pada pusingan seterusnya nanti.
Kesian juga dekat Perak ni.
Dah cuba sedaya upaya nak menang tapi last minute tetap juga kalah.
Perak masih belum menang lagi dalam perlawanan kompetitif musim ini.
Pengendalinya, Datuk Lim Teong Kim sebelum ni akui berpuas hati dengan prestasi pemain dia, cuma keputusan perlawanan yang mengecewakan dia.
Sekarang ni tak tau la macam mana. Mungkin memang betul kot kena panggil bomoh seperti yang dia cakap sebelum ni?
Oleh: Izzati Amir