Pemuda Terkejut Lihat RM50 Dalam Duit Seringgit Tabung Surau, “Seni Bersedekah..”

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut apabila melihat teknik dan seni yang digunakan seorang jemaah surau untuk menyembunyikan amalan sedekah yang dilakukannya.

pemuda terkejut lihat rm50 dalam duit seringgit tabung surau, “seni bersedekah..”

 

Difahamkan, lelaki itu sedang mengira duit tabung surau dan tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping duit RM1 yang berlipat.

 

Beliau kemudian membuka lipatan duit seringgit itu dan terkejut apabila menemui sekeping lagi not kertas RM50 di dalamnya.

pemuda terkejut lihat rm50 dalam duit seringgit tabung surau, “seni bersedekah..”

“Waktu tu tengah kira duit surau, tiba-tiba terjumpa duit seringgit ni berlipat, macam pelik pula tengok. Saya pun cuba buka lipatan duit RM1 tu, terkejut saya apabila lihat apa yang ada di dalam.

“Ada RM50 rupanya, duit seringgit tu dilipat untuk membalut duit RM50 di dalam. Saya rasa orang yang bagi ni dia faham ‘seni’ dalam bersedekah.

“Moga tuan atau puan yang bersedekah untuk surau kami ni sentiasa dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Ya Allah jauhkanlah kami sifat riyak, permudahkanlan urusan rezeki kami di dunia dan di akhirat kelak.

“Sebagai makluman, sebelum ni selalu nampak orang post pasal lipat duit ni, sekali saya betul-betul dapat jumpa depan mata. Semoga jadi inspirasi untuk kita semua,” kata beliau.

pemuda terkejut lihat rm50 dalam duit seringgit tabung surau, “seni bersedekah..”

Rata-rata netizen yang melihat kaedah lipatan wang kertas itu dilihat kagum dengan cara berkenaan yang dilihat mampu untuk mendalami erti sedekah yang sebenar.

 

Kredit: mStar