Para peminat penyanyi dari kumpulan BIGBANG, Taeyang sudah pasti tidak sabar menantikan kemunculan semula penyanyi ini selepas lama berehat sejak khidmat tentera serta memberikan fokus kepada keluarga.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial ura-ura mengatakan Taeyang bakal kembali aktif sebagai artis solo, membuatkan ramai peminatnya berasa teruja.
Khabar itu tercetus selepas stesen JTBC melaporkan Taeyang kini alam persiapan melancarkan album pada Januari tahun hadapan.
Laporan itu diambil daripada banyak sumber dalam industri hiburan yang menyampaikan berita terbabit.
Bagaimanapun, agensinya YG Entertainment masih belum mengesahkan khabar berkenaan dan dalam kenyataan ringkasnya, agensi itu enggan mendedahkan sebarang butiran lagi.
“Belum ada apa-apa yang diputuskan lagi,” kata agensi itu.
Jika kemunculan semula Taeyang adalah benar, lagu yang bakal dilancarkan itu akan menjadi karya pertama selepas enam tahun tidak mengeluarkan sebarang lagu.
Kali terakhir Taeyang bergiat aktif sebagai artis solo adalah pada 2017, dengan mempertaruhkan album berjudul White Night dan sempat melakukan konsert jelajah seluruh negara termasuk Malaysia.
Sumber: Allkpop