Terlalu Teruja, Peminat Salman Khan Bakar Mercun Dalam Panggung Wayang [Video]

Segelintir peminat aktor Bollywood, Salman Khan telah mengejutkan ramai pihak apabila bertindak membakar mercun dalam panggung wayang, ketika tayangan filem terbaharunya, Tiger-3, baru-baru ini.

terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]

Menerusi video yang tular, sekumpulan peminat aktor itu dilihat membakar mercun dan bunga api dalam sebuah panggung wayang yang terletak di daerah Maharashtra, Mumbai.

terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mencetuskan suasana panik dalam kalangan penonton lain yang rata-rata bertempiaran berlari menyelamatkan diri.

 

@bollywoodmerijaann Ohhhhh!! #tiger #salmankhan #cinema #movie #movies #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #bollywood #bollywoodmerijaann #spy #war #action #uae #india #dubai #dxb #mydxb #mydubai #wow #why #follow #following #followers #trend #trending #tiktokindia #tiktok #tiktoknews #likes #share #support #nepal #pakistan #ksa #gcc #kuwait #afghanistan #bangladesh #actor #actors #acting ♬ original sound - Salman Khan97_ ©

 

Salman Khan yang menyedari akan insiden itu telah meminta para peminatnya untuk berseronok dengan menonton filem, tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti berbahaya.

terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]

“Saya mengetahui mengenai insiden kebakaran dalam panggung ketika tayangan Tiger-3. Perkara itu bahaya.

“Berseronoklah dengan filem tersebut tanpa meletakkan diri dan orang lain insiden yang berisiko. Kekal selamat,” katanya.

 

 

Insiden seperti itu bukanlah pertama kali berlaku oleh peminat Salman. Sebelum ini, situasi sama ketika tayangan filem Antim: The Final Truth iaitu pada tahun 2021.

 

Sumber: Tiktok