8 Kali Menang Ballon d’Or, Peminat Messi Pakat Kecam Komen Ronaldo

Susulan daripada kemenangan Ballon d’Or buat kali ke-8 oleh bintang Argentina, Lionel Messi, peminat Messi dilihat mengecam satu komen yang dibuat Cristiano Ronaldo.

8 kali menang ballon d’or, peminat messi pakat kecam komen ronaldo

Messi yang memenangi Ballon d’Or untuk kali ke-8, mengatasi Ronaldo yang memenanginya lima kali dan tidak pula dicalonkan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun.

 

Kedua pemain bolasepak itu bersaing sengit sejak beberapa tahun lalu, dan kini Messi mengesahkan kedudukannya selaku pemain terhebat sepanjang zaman selepas mengumpul pelbagai koleksi trofi termasuk Piala Dunia.

 

Selepas majlis anugerah yang berlangsung baru-baru ini, wartawan Sepanyol, Toman Roncero telah memuatnaik video berkenaan kemenangan ke-8 Messi untuk Ballon d’Or ini.

lionel messi rangkul ballon d’or untuk kali-8, tewaskan haaland dan mbappe

"Hai kawan-kawan. Apa yang kita tahu sudah berlaku, mereka akan memberikan Messi satu lagi Ballon d'Or.

"Dia akan bersara di Miami, walaupun sebelum ini seperti dia sudah bersara di PSG menjelang Piala Dunia.

"Dia memenangi Piala Dunia, memang bagus, tetapi dengan enam penalti. Piala Dunia berakhir 10 bulan lalu, sekarang sudah November.

"Messi mempunyai lapan Ballon d'Or, dia sepatutnya hanya mendapat lima. Dia mempunyai Ballon d'Or (Andres) Iniesta, (Robert) Lewandowski yang memenangi enam trofi semusim dan (Erling) Haaland yang menjadi penjaring terbanyak musim lalu," kata Roncero.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AStv (@astelevision)

Baca: Lionel Messi Rangkul Ballon d’Or Untuk Kali-8, Tewaskan Haaland dan Mbappe

 

Menerusi komen, Ronaldo hanya meletakkan emoji ketawa dan ia tidak disenangi oleh peminat Messi.

8 kali menang ballon d’or, peminat messi pakat kecam komen ronaldo

Peminat Messi mula menuduh Ronaldo kononnya pemain Portugal itu cemburu dengan kemenangan Messi kali ini.

 

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dibuat kedua-dua pemain bola sepak itu.

 

Sumber: FanNation