Baru-baru ini tular foto yang menunjukkan kesan benjolan pada leher salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK, iaitu Jisoo.
Namun agensinya, YG Entertainment menyangkal dakwaan ia adalah tumor bagi mencegah kebimbangan para peminat penyanyi kegemaran mereka itu.
“Kesihatan Jisoo baik-baik sahaja dan tiada apa yang berlaku ke atasnya,” ujar agensi itu.
Bagaimanapun peminat masih bercakap-cakap mengenainya dan meluahkan rasa bimbang akan kesihatan Jisoo, selain meminta agar beliau segera melakukan pemeriksaan.
Penyanyi berusia 27 tahun itu juga telah memuatnaik foto di Instagram miliknya untuk menunjukkan keadaan terkini dirinya.
Hantaran itu meraih perhatian netizen kerana Jisoo dilihat mengenakan solekan tebal, seolah-olah patung Barbie hidup.
Semoga Jisoo dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja ya!
Sumber: Kosmo / IG Jisoo