Lebih 200,000 Peminat Desak Final Piala Dunia 2022 Diadakan Semula!

Selepas seminggu perlawanan akhir Piala Dunia 2022 diadakan, nampaknya masih ada peminat yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang nyata memihak kepada pasukan Argentina.

lebih 200,000 peminat desak final piala dunia 2022 diadakan semula!

Satu petisyen telah dibuat dengan lebih 200,000 peminat menandatangani desakan agar perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Perancis dengan Argentina diadakan semula.

 

Petisen yang dibuat sebuah laman web Perancis, MesOpinions mendesak agar perlawanan semula diadakan dengan alasan gol pembukaan Messi menerusi sepakan penalti adalah satu kesilapan.

lebih 200,000 peminat desak final piala dunia 2022 diadakan semula!

Malah mereka mendakwa pemain Perancis, Mbappe juga telah dikasari sebelum gol kedua Argentina dijaringkan oleh Di Maria.

 

Sebilangan peminat Perancis juga mendakwa gol Messi pada masa tambahan sepatutnya dibatalkan kerana terdapat pemain yang masuk ke dalam padang sebelum gol menerjah lawan.

Final Piala Dunia 2022 telah menyaksikan Argentina menjulang trofi berprestij itu selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 3-3 dalam perlawanan yang mendebarkan.

 

Sumber: Astro AWANI