Viral Lepas Selamatkan Adiknya, Peminat Cilik Ini Berpeluang Lepak Di Set Spider-Man NWH

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun pernah menjadi tular sebelum ini selepas sanggup membahayakan nyawanya sendiri demi menyelamatkan adiknya daripada serangan seekor anjing ganas.

viral lepas selamatkan adiknya, peminat cilik ini berpeluang lepak di set spider-man nwh

Akibat daripada itu, Bridger Walker mengalami kecederaan teruk pada wajah dan tubuh badannya selepas digigit oleh anjing berkenaan. Mujur beliau dan adik perempuannya terselamat daripada insiden terbabit.

 

Sejak daripada itu, Bridger menjadi perhatian ramai dan memuji keberaniannya sebagai hero. Lebih mengujakan, Bridger yang amat meminati adiwira Spider-Man, telah dijemput untuk berada di set pengambaran filem terbaharu Spider-Man No Way Home bersama-sama pelakon utamanya, Tom Holland.

viral lepas selamatkan adiknya, peminat cilik ini berpeluang lepak di set spider-man nwh

Video dan foto yang dikongsikan bapanya, Robert Walker menunjukkan anak dan beberapa ahli keluarganya berada di set penggambaran filem berkenaan beberapa bulan yang lalu. Malah, kanak-kanak bertuah itu juga dilihat ‘terbang’ bersama Spider-Man dalam satu aksi di set berkenaan.

viral lepas selamatkan adiknya, peminat cilik ini berpeluang lepak di set spider-man nwh

viral lepas selamatkan adiknya, peminat cilik ini berpeluang lepak di set spider-man nwh

"Saya tidak akan melupakan budi dan kebaikan yang mereka tunjukkan kepada anak-anak kami. Terima kasih sekali lagi kepada semua orang yang memainkan peranan dalam hari istimewa Bridger "bergantung" dengan Spider-Man," kata bapanya itu.

Mengimbas kembali kejadian menyelamatkan adiknya daripada serangan anjing ganas pada Julai 2020, Bridger Walker telah menerima lebih 90 jahitan kesan daripada insiden itu. Sebelum ini, beliau sekeluarga telah diberi penghargaan atas keberanian itu dengan peluang menaiki kapal layar layanan VIP oleh Florida Yachts International.

 

Sumber: [1]