“Kanak-Kanak Gaza Sedang Nazak, Bagaimana Anda Boleh Tidur Malam?”

“Semasa kanak-kanak di Gaza sedang nazak, saya tak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam?”

“kanak-kanak gaza sedang nazak, bagaimana anda boleh tidur malam?”

Demikian antara kata-kata yang diucapkan Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf pada Sabtu, yang sekali lagi menyuarakan kebimbangan beliau terhadap mangsa tidak bersalah terutamanya kanak-kanak akibat dari konflik berterusan di Semenanjung Gaza.

 

"Kebimbangan saya adalah untuk semua penduduk yang menderita kerana jenayah yang tidak mereka lakukan.

“Jika anda tidak mengundi untuk keamanan, semasa kanak-kanak sedang nazak, maka saya tidak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam.

"Terima kasih atas ucapan anda, saya takut kami tidak mendengar khabar daripada mertua saya," tulisnya," tulisnya di X.

 

 

Beliau turut menulis mengenai nasib ibu mentua dan suaminya yang pergi ke Gaza dari Scotland untuk melawat saudara yang sakit.

“kanak-kanak gaza sedang nazak, bagaimana anda boleh tidur malam?”

Terdahulu, konflik antara Palestin dan tanah haram Israel tercetus baru-baru ini sejak 7 Oktober, mengorbankan hampir 8,000 nyawa. Malah, lebih 2.3 juta penduduk Palestin kini mengalami kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan dek kerana pengeboman dan kepungan penuh dibuat rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

 

Sumber: Astro AWANI, X