Tiada Yang Mustahil, Ini Pelumba Kereta Profesional Tanpa Kedua Tangan

Tiada yang mustahil jika kita yakin dengan kemampuan diri sendiri. Itu yang menjadi semangat buat seorang pelumba kereta profesional selepas kehilangan kedua belah tangannya dalam satu kemalangan.

tiada yang mustahil, ini pelumba kereta profesional tanpa kedua tangan

Bartek Ostalowski hilang kedua belah tangannya dalam satu kemalangan motosikal pada 2006, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi seorang pelumba profesional.

tiada yang mustahil, ini pelumba kereta profesional tanpa kedua tangan

Selepas menjalani latihan selama bertahun-tahun, Bartek kini menjadi pelumba profesional dengan memandu menggunakan kakinya sahaja.

 

Sedikit pengubahsuaian dilakukan kepada jentera Bartek jenis Nissan Skyline GT-R bagi memudahkannya memandu dan berlumba dengan pelumba lain. Kaki kanannya mengawal pedal minyak dan brek, manakala kaki kirinya pula mengawal stering. Bahunya pula mengawal sistem lain dalam kenderaan.

tiada yang mustahil, ini pelumba kereta profesional tanpa kedua tangan

Bercakap kepada Business Insider, Bartek pernah bertanya kepada dirinya apa yang beliau boleh buat selepas sahaja kehilangan kedua belah tangan, lalu beliau terbaca kisah seorang lelaki yang mempunyai nasib sama sepertinya dari Poland yang boleh memandu kereta meskipun tidak mempunyai tangan. Dari situ, beliau tahu harapan untuknya masih ada.

Bartek bukan sahaja berlumpa dalam litar, malah beliau turut bersaing dalam saingan drift. Bukan calang-calang orang yang boleh memandu sambil melakukan aksi drift, tetapi Bartek berjaya buktikan ia tidak mustahil buat dirinya yang serba kekurangan.

 

Pada 2019, beliau berjaya menduduki tempat ke-9 daripada 50 pelumba dalam saingan Polish Drift Championship, iaitu salah satu siri perlumbaan di Eropah. Tahun sebelumnya, beliau berjaya memenangi perlumbaan antarabangsa Czech Drift Series, menewaskan puluhan pelumba lain.

tiada yang mustahil, ini pelumba kereta profesional tanpa kedua tangan

Kebolehan dan kejayaan Bartek nyata membuatkan ramai berasa kagum dengannya. Ia juga memberikan inspirasi kepada mereka yang mempunyai nasib sepertinya dan boleh melakukan apa sahaja jika kita percaya dengan kebolehan kita sendiri.

 

Sumber: [1]