Buat mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, pasti anda berasa sangat sedih apabila menonton video yang tular ini.
Mana tidaknya, seekor anjing peliharaan yang didapati menghidap kanser dirakam memeluk erat pemiliknya buat kali yang terakhir sebelum ia ditidurkan untuk selama-lamanya.
Pemilik anjing yang dikenali sebagai Carina tampil berkongsi video memaparkan detik terakhir bersama Lily the Labrador.
Lily yang berusia tujuh tahun terpaksa ditidurkan buat selama-lamanya selepas disahkan menghidap kanser limfoma pada tahun ini.
Menerusi video di Tiktok @tailofjoyco, Carina memuatnaik video yang sangat menyentuh hati itu sambil menitiskan air mata pada hari terakhir Lily hidup.
Dalam video tersebut, mereka dilihat berpelukan antara satu sama lain dan Lily sempat menikmati makanan ringan kegemarannya sebelum ia ditidurkan.
“Maaf baby girl saya sayang awak tapi awak perlu pergi.
“Terima kasih untuk segala-galanya. Kami bersyukur mempunyai kenangan bersama awak selama tujuh tahun,” ujar Carina.
Video itu menjadi tular di Tiktok dengan lebih jutaan tontonan. Pelbagai reaksi berbeza turut dilontarkan warganet menerusi komen pada video berkenaan.
Sumber: Tiktok