Drama Fantasi, Duty After School Antara Program Terhebat Korea di Astro April Ini

Sepanjang April ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati pelbagai drama, filem dan program menarik di Astro!

drama fantasi, duty after school antara program terhebat korea di astro april ini

Menerusi KBS World (Saluran 392 HD) ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD), peminat program terhebat Korea juga boleh menikmati drama, filem dan program terhebat seperti yang berikut:

 

o    Drama fantasi mengujakan Duty After School, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Shin Hyun-soo, Lee Soon-won, Lim Se-mi, Kim Ki-hae, Choi Moon-hee, bermula 1 April di tvN (Saluran 395 HD).

o    Drama aksi komedi Stealer: The Treasure Keeper, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibintangi Joo Won, Lee Ju-woo and Jo Han-chul, bermula 13 April di tvN (Saluran 395 HD).

o    Drama romantik misteri Queen of Masks, ditayangkan pada hari sama dengan Korea, membariskan Daesang, Kim Sun-ah, Shin Eun-jeong, Yoo Sun dan Oh Yoon-ah, bermula 25 April di K-Plus (Saluran 396).

o    Drama romantik Finland Papa, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Kim Woo-seok (UP10TION), Kim Bo-ra dan ramai lagi, bermula 29 April di K-Plus (Saluran 396 HD).

o    Program pelbagai The Genius Paik, menampilkan Paik Jong-won, Lee Jang-woo, BamBam, Yuri, John Park, bermula 7 April di tvN (Saluran 395 HD).

o    Drama romantik misteri Delivery Man, dibintangi Yoon Chan Young, Bang Min Ah dan ramai lagi, bermula 7 April, di ONE (Saluran 393 HD).

o    Drama romantic fantasi W: Two Worlds Apart, menampilkan Lee Jong Suk, Han Hyo Joo dan ramai lagi, bermula 11 April di ONE (Saluran 393 HD).

o    Program pelbagai Midnight Horror Story, membariskan Kim Gu Ra, Kim Sook, Lee Yi Kyung, Solar dan ramai lagi, bermula 26 April di ONE (Saluran 393 HD).

o    Drama komedi romantik The Real Has Come, menampilkan Baek Jin-hee, Ahn Jae-hyun, dan ramai lagi, bermula 1 April, di KBS World (Saluran 392 HD).

o    Drama kekeluargaan Apple of My Eye, dibintangi Seo Jun Young, Yoon Da Young, dan ramai lagi, bermula 3 April, di KBS World (Saluran 392 HD). 

o    Filem aksi mengujakan Project Wolf Hunting, dibintangi Seo In-Guk, Jang Dong-Yoon, Jung So-Min dan Sung Dong-Il, pada 29 April v di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o    Filem komedi aksi Confidential Assignment 2: International, dibintangi Hyun Bin, Yoo Hai-Jin, Lim Yoon-A, Daniel Henney dan Jin Sun-Kyu, pada 22 April di tvN Movies (Saluran 416 HD).

 

Langgan Astro sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.