Baru-baru ini, tular video yang menunjukkan pelari negara Somalia, Nasra Ali Abukar menamatkan larian pecut 100-meter dengan sangat perlahan.
Mana tidaknya, ketika pelari pecut negara lain berada jauh dihadapan, atlet Somalia itu menjadi peserta paling belakang dalam acara larian pecut ketika sesi kelayakan di Sukan Universiti Dunia dekat Chengdu, China, dengan catatan masa 21.08 saat.
Atlet itu juga dilihat mempunyai badan yang sedikit berisi dan kelihatan kurang cergas berbanding peserta lain.
Disebabkan kontroversi itu, Menteri Belia dan Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud memohon maaf atas kejadian yang berlaku.
Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana atlet wanita ini boleh terpilih menyertai acara larian 100-meter menerusi kejohanan yang berlangsung itu.
Malah, Kementerian itu turut mengarahkan Jawatankuasa Olimpik Somalia menggantung Pengerusi Persekutuan Olahraga Negara, Khadija Aden Dahir yang didakwa mempunyai hubungan persaudaraan dengan atlet berkenaan.
Video pelari Somalia ini menjadi tular di media sosial, hingga ramai yang menggelarnya sebagai ‘pelari paling perlahan’ di dunia.
Sumber: Tiktok