Seorang pelanggan nyata terkejut dan bimbang selepas mendapati makanan yang dibelinya dibungkus dengan kertas yang tertera keputusan ujian saringan COVID-19.
Lebih menakutkan, kejadian yang berlaku di Depok, Jawa Barat di Indonesia itu menunjukkan keputusan saringan ujian positif COVID-19.
Pelanggan itu katanya membeli makanan bergoreng di sebuah kedai dan sedar ia dibungkus menggunakan kertas keputusan ujian COVID-19 tidak lama kemudian.
“Saya harap, tiada apa-apa akan terjadi, mungkin makanan ini lebih sedap selepas dibungkus dengan kertas keputusan Covid-19,” selorohnya.
Dalam kertas ujian itu menunjukkan keputusan yang dibuat keatas seorang warga emas berusia 63 tahun pada Februari lalu dan sekaligus mencetuskan rasa takut kepada pengguna media sosial lain.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati khasnya ketika membeli makanan yang dibungkus dengan kertas atau surat khabar dan sebaiknya membeli daripada gerai yang lebih bersih serta selamat.
Sumber: Utusan