Pelanggan Berang Cukur Rambut Tukang Gunting Sebab Dia Potong Tak Cantik

Seorang lelaki Rusia yang bercuti di Pattaya, Thailand telah bertindak mencukur kepala seorang tukang gunting rambut tempatan sebagai pembalasan atas potongan rambut yang tidak memuaskan.

pelanggan berang cukur rambut tukang gunting sebab dia potong tak cantik

Menerusi rakaman yang tular, seorang lelaki kulit putih pada mulanya dilihat sedang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di Salute Barbershop dekat Pattaya, Thailand.

 

Menurut saksi, lelaki berkulit putih itu masuk ke tempat itu dan menerangkan kepada salah seorang tukang gunting di sana bagaimana dia mahu rambutnya dipotong menggunakan isyarat tangan kerana dia didakwa tidak pandai berbahasa Inggeris.

 

Pada satu ketika, pelanggan itu melihat ke arah cermin dan mula memarahi tukang gunting atas potongan rambut yang teruk. Dia kemudian mula memukul meja dengan kuat dan memarahi tukang gunting itu.

 

"Kau gila. Aku tunjukkan padamu. Apa hal, di mana jambulku? Apa hal?"

pelanggan berang cukur rambut tukang gunting sebab dia potong tak cantik

Selepas dimarahi, lelaki Rusia itu mengambil mesin cukur dan mencukur sebahagian daripada rambut tukang gunting Thai terbabit, dan keluar dari kedai gunting rambut tanpa membayar servis perhidmatannya.

 

@thaipbs ลูกค้าชาวรัสเซียหัวร้อน ไม่พอใจทรงผม คว้าปัตตาเลี่ยนไถผมช่าง #ThaiPBS #ข่าวTikTok #ข่าวเที่ยง ♬ เสียงต้นฉบับ - Thai PBS

 

Keseluruhan kejadian itu membuatkan kakitangan dan pelanggan lain terdiam.

 

"Selepas dia memukul meja, dia mengambil kepala saya, menariknya ke bawah, kemudian memotong rambut saya dengan mesin cukur," kata Suphachai, tukang gunting berusia 32 tahun, kepada wartawan.

"Saya tidak membalas, tetapi saya berasa marah. Saya memikirkan beberapa akibat yang mungkin terjadi jika saya membalas. Saya takut menghadapi akibat undang-undang atau kehilangan pekerjaan saya. Jadi saya memilih untuk tidak melakukan apa-apa."

pelanggan berang cukur rambut tukang gunting sebab dia potong tak cantik

Akibat kejadian Suphachai terpaksa mencukur seluruh kepala, kerana potongan tidak sekata pada kepalanya tidak mungkin dapat disembunyikan. Dia juga membuat aduan kepada polis tempatan dan berharap untuk menerima maaf dari lelaki Rusia itu, meskipun ia sukar kerana pelancong terbabit sudah pun meninggalkan Thailand.

pelanggan berang cukur rambut tukang gunting sebab dia potong tak cantik

Sumber: Oddity Central