Pelancong Lengkap Vaksin Dikecualikan Kuarantin Wajib Jika Ke Thailand

Bermula 1 November depan, pelancong yang sudah melengkapkan vaksin COVID-19 adalah dikecualikan daripada kuarantin wajib dua minggu apabila mengunjungi Bangkok dan sembilan wilayah di Thailand.

pelancong lengkap vaksin dikecualikan kuarantin wajib jika ke thailand

Pengecualian itu melibatkan destinasi pelancongan di Thailand seperti Krabi, Chiang Mai, Koh Phangnga, Pattaya, Bang Lamung, Jomtien dan Bang Sare di Chonburi, Hua Hin (Prachuap Khiri Khan) dan Koh Phayam (Ranong).

 

Langkah itu dibuat bagi merancakkan kembali industri pelancongan Thailand yang terjejas akibat wabak COVID-19.

pelancong lengkap vaksin dikecualikan kuarantin wajib jika ke thailand

Thailand akan mengurangkan tempoh kuarantin 14 hari kepada 7 hari bagi pelawat lengkap divaksin. Manakala mereka yang belum lengkap divaksin pula akan dikenakan kuarantin 10 hari jika tiba melalui pengangkutan udara dan 14 hari kuarantin jika melalui darat.

 

Dalam pada itu juga, Bangkok dan 28 wilayah di kawasan 'zon merah gelap' Thailand akan menyaksikan pembukaan semula lebih banyak perniagaan dan perkhidmatan.

 

Ia termasuk pawagam, spa, perpustakaan, salun kecantikan dan klinik, ruang tatu, salun kuku dan tempat sukan. Perintah berkurung waktu malam akan dikurangkan sejam iaitu dari 10 malam hingga 4 pagi,

 

Sumber: [1]