Pelakon Veteran, Mubarak Majid Terima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di India

Pelakon veteran, Mubarak Majid menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di India.

pelakon veteran, mubarak majid terima anugerah pelakon lelaki terbaik di india

“Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini.

“Saya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.”

Ia merupakan kemenangan pertama yang diraih sepanjang empat dekad penglibatannya dalam industri lakonan tanah air.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dalam lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperoleh dalam negara sendiri.

“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.

“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.

“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” tambahnya.

Filem pendek Coofie & Sexy Dress yang dibintangi Mubarak Majid boleh ditonton ramai melalui YouTube.

 

Sumber: [1]