Pelakon Korea Selatan Ini Jatuh Cinta Dengan Ais Krim Gula Apong Masa Melawat Sarawak

Malaysia kaya dengan pelbagai hidangan serta menu yang lazat, hingga ada pelancong dari negara luar sanggup datang ke Malaysia demi menikmati hidangan tertentu.

 

Sama kisahnya dengan seorang pelakon Korea Selatan ini yang sudah mula jatuh cinta dengan aiskrim gula apong ketika beliau melancong ke negeri Sarawak.

pelakon korea selatan ini jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melawat sarawak

Yoo Seoung Ho, pelakon dari negara Korea Selatan, pada mulanya menjalani penggambaran program realiti berjudul Off The Grid yang bertempat di Kuching, Sarawak.

 

Selepas menghabiskan masa dibawah cuaca panas, Yoo segera ke satu gerai yang terletak di Kuching Waterfront untuk mencuba sejenis aiskrim berperisa gula apong.

pelakon korea selatan ini jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melawat sarawak

Ujar Yoo, beliau bukanlah seorang peminat makanan manis, namun ketika itu beliau terpaksa membeli aiskrim berkenaan akibat cuaca terik yang membuatkannya berasa sangat haus.

 

Pertama kali mencuba aiskrim gula apong, beliau terus berasa jatuh cinta dengan rasanya yang sangat lazat yang tidak pernah pun dia rasa sebelum ini.

pelakon korea selatan ini jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melawat sarawak

Perkongsian Yoo itu mendapat respon daripada rakyat negara ini yang berterima kasih kepadanya kerana sudi datang ke Malaysia.

Malah rata-rata rakyat Malaysia turut mencadangkan beberapa makanan lain yang boleh didapati di negara ini kepada pelakon dari Korea Selatan itu.

pelakon korea selatan ini jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melawat sarawak

pelakon korea selatan ini jatuh cinta dengan ais krim gula apong masa melawat sarawak

Sumber: YouTube