Pelakon dan model Korea Selatan Lee Ga Ryeong mendedahkan usia sebenar kira-kira sedekad selepas menceburi industri hiburan.
Baru-baru ini, Lee muncul dalam drama popular Love (Ft. Marriage & Divorce) dan memainkan watak wanita bekerja sebagai hos rancangan radio dan berusia sekitar 30-an.
Episod terakhir musim ketiga drama terbabit telah disiarkan pada 1 Mei.
Dalam temu bual pada 4 Mei lalu, Lee mengaku bahawa dia sebenarnya dilahirkan pada 1980 dan bukan pada 1988 seperti yang didakwa sebelum ini.
Pengakuan tersebut menjadikan dia kini berusia 41 dan bukannya 33 pada tahun ini.
“Saya tidak mempunyai agensi semasa penggambaran Love (Ft. Marriage & Divorce) dan menguruskan sendiri hal ehwal saya,” katanya.
“Saya tidak mempunyai peluang untuk mengedit profil saya dan peluang untuk ditemu bual.”
Menurut Lee, agensinya menukar usia mereka atas sebab berbeza.
Bekas agensinya menyenaraikan tahun kelahirannya pada 1988 yang mana maklumat itu kemudiannya menjadi ‘umur rasmi’ dalam talian.
“Saya menandatangani kontrak dengan agensi baru ketika musim ketiga berakhir dan memutuskan untuk menjelaskan keadaan,” tambahnya.
Lee membuat penampilan sulungnya dalam siri televisyen A Gentleman’s Dignity (2012) sebelum berlakon dalam drama seperti Apgujeong Midnight Sun (2014) dan The Invincible Lady Cha (2015).
Lee kemudian memutuskan untuk berehat kira-kira enam tahun, dengan hanya berlakon sebagai kameo, sebelum kembali membintangi Love (Ft. Marriage & Divorce).
Sumber: [1]