Beby Tsabina Menangis Akibat Kena Paksa Makan Durian [Video]

Ramai antara kita yang masih tidak dapat menerima bau serta rasa raja buah-buahan, iaitu durian.

 

Sama seperti pelakon Indonesia ini yang tidak menggemari buah durian, sehinggakan beliau menangis kerana dipaksa memakan buah itu dalam satu babak filem.

beby tsabina menangis akibat kena paksa makan durian [video]

Beby Tsabina ketika menjalani penggambaran sebuah filem terpaksa menjayakan salah satu babak yang mana beliau perlu memakan seulas durian.

beby tsabina menangis akibat kena paksa makan durian [video]

Beby yang tidak menyukai durian bagaimanapun akur dengan babak itu namun akhirnya menangis kerana tidak tahan dengan aroma serta rasa buah durian yang kuat. Beliau akhirnya gagal menelan buah tersebut.

“Saya memang tidak suka dengan buah durian dan menangis kerana tidak tahan dengan bau dan rasanya,” ujar Beby ketika menjalani penggambaran filem Scandal Makers bersama aktor, Vino Bastian.

beby tsabina menangis akibat kena paksa makan durian [video]

Meskipun tidak menggemari buah durian, Beby tetap menjalankan tugas sebagai pelakon dan meneruskan babak itu hingga selesai.

 

Sumber: Kosmo!