Punca Baling Pemadam, Sekumpulan Pelajar Di Johor Ditahan Akibat Gaduh

Sekumpulan pelajar tingkatan tiga telah ditahan oleh polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, Johor Bahru pada petang Rabu.

punca baling pemadam, sekumpulan pelajar di johor ditahan akibat gaduh

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh menjelaskan bahawa pergaduhan itu berlaku pada jam 3:43 petang dan menyebabkan beberapa pelajar terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan kecederaan kepala, serta lebam pada kaki dan tangan.

 

Siasatan polis mendapati bahawa kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan hati seorang pelajar yang telah dibaling dengan pemadam oleh rakan sekelasnya, dua hari sebelum pergaduhan itu berlaku.

 

Oleh itu, polis telah membuat beberapa penahanan terhadap pelajar yang dipercayai terlibat, seperti yang dinyatakan dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

 

Balveer menambah bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

punca baling pemadam, sekumpulan pelajar di johor ditahan akibat gaduh

Dalam pada itu, Balveer menasihati agar orang awam tidak membesar-besarkan isu ini kerana ia boleh mengganggu keharmonian, memandangkan siasatan masih lagi berlangsung.

 

Semalam, tular gambar pelajar sekolah WhatsApp, beberapa daripadanya cedera dan berdarah, yang didakwa adalah dari pergaduhan melibatkan kumpulan pelajar dari sebuah sekolah di Kempas.

 

 

 

Sumber: Astro AWANI