Seorang Pelajar Maut, Sembilan Lagi Cedera Masa Latihan Kebakaran Di Sekolah

Seorang pelajar maut dan sekurangnya sembilan cedera apabila alat pemadam api meletup semasa sesi latihan kebakaran di sebuah sekolah menengah di Bangkok pada Jumaat, 16 Jun 2023.

seorang pelajar maut, sembilan lagi cedera masa latihan kebakaran di sekolah

Menurut laporan, alat pemadam api itu meletup semasa sesi latihan kebakaran di pekarangan Sekolah Rajavinit Mathayom dekat daerah Dusit pada jam 11.22 pagi waktu tempatan.

 

Bagaimanapun Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Thailand (DDPM) kini masih mencari punca bagaimana letupan itu boleh terjadi.

 

Akibat insiden letupan itu, seorang maut manakala seramai 21 lagi pelajar mengalami kecederaan ringan dan sembilan pelajar dikejarkan ke dua hospital untuk menerima rawatan.

seorang pelajar maut, sembilan lagi cedera masa latihan kebakaran di sekolah

Siasatan awal mendapati, alat pemadam api itu meletup akibat daripada suhu tinggi ketika anggota bomba sedang menunjukkan cara-cara penggunaan alat pemadam api digunakan.

 

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan kini sedang mengaitkan tiga individu kerana berlaku cuai ketika latihan dijalankan.

 

Sumber: BBC