Pelajar Malaysia Ini Cipta Rekod Dunia Susun Catur Dengan Mata Tertutup [Video]

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Malaysia telah mencipta rekod dunia selepas berjaya menyusun papan catur dalam mada 45.72 saat dengan mata tertutup.

pelajar malaysia ini cipta rekod dunia susun catur dengan mata tertutup [video]

Punithamalar Rajashekar, telah mendapat pengiktirafan Guiness World Records sebagai pemegang rekod baharu bagi masa terpantas menyusun catur dengan keadaan mata ditutup.

 

Menurutnya, dia mula bermain catur ketika usia lima tahun dan kini merupakan salah seorang pemain catur untuk pasukan sekolahnya.

Bagi menyediakan diri untuk rekod dunia tersebut, kanak-kanak ini mengaku telah menonton video-video pemegang rekod dunia terdahulu untuk mengkaji teknik yang digunakan.

 

“Bapa ialah jurulatih saya. Kami bermain catur bersama hampir setiap hari,” katanya.

pelajar malaysia ini cipta rekod dunia susun catur dengan mata tertutup [video]

Selain itu, beliau yang merupakan ahli Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) telah memecahkan rekod dunia itu di sekolahnya dekat Perak.

 

Sumber: Kosmo!