Kecoh Ada Soalan Bocor Sejarah SPM2022, Ramai Pelajar Luah Rasa Kecewa!

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 kini sedang berlangsung yang mana calon telahpun selesai menjawab kertas subjek Sejarah hari ini, 23 Feb 2023.

 

Bagaimanapun, timbul dakwaan di media sosial kononnya soalan subjek itu telahpun bocor terlebih dahulu sejak malam tadi menerusi WhatsApp, seperti tangkap layar yang dikongsikan pengguna Twitter ini.

 

 

kecoh ada soalan bocor sejarah spm2022, ramai pelajar luah rasa kecewa!

Perkara itu jelas menimbulkan kegusaran ramai calon SPM2022 yang turut meluahkan rasa kecewa mereka kerana perkara itu boleh membuatkan semua calon SPM kali ini terpaksa menduduki semula kertas berkenaan.

kecoh ada soalan bocor sejarah spm2022, ramai pelajar luah rasa kecewa!

kecoh ada soalan bocor sejarah spm2022, ramai pelajar luah rasa kecewa!

Menurut beberapa hantaran di Twitter ini lagi, soalan yang bocor itu juga adalah sama dengan soalan peperiksaan sebenar yang telahpun mereka jawab sebentar tadi.

 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan soalan yang didakwa bocor itu, malah belum ada sebarang kenyataan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenainya.

 

Sumber: Twitter