Pelajar Kena Denda Sebab Ada Link Drama Projek: High Council Tanpa Kebenaran Dalam Perantinya

Seorang pelajar telah dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memiliki pautan kepada siri drama TV tempatan popular pada perantinya tanpa kebenaran.

pelajar kena denda sebab ada link drama projek: high council tanpa kebenaran dalam perantinya

Pelajar Sains Komputer berusia 22 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki tanpa kebenaran, pautan kepada drama bersiri popular Projek: High Council milik MEASAT Broadcast Network Systems Berhad pada perantinya.

 

Laporan polis telah dibuat pada 11 Februari 2023 dan serbuan dijalankan oleh JSJK IPD Cheras Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 14 Februari 2023. Telefon bimbit dan komputer riba tertuduh telah dirampas manakala dia direman dua hari untuk siasatan.

 

Tertuduh mengaku bersalah dan membayar denda RM600 mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

pelajar kena denda sebab ada link drama projek: high council tanpa kebenaran dalam perantinya

Di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, mana-mana orang yang memiliki dalam milikannya atau menyampaikan dalam apa-apa cara apa-apa yang disyaki secara munasabah dicuri atau diperoleh secara haram boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

Melihat dan memiliki kandungan yang tidak dibenarkan adalah sama dengan jenayah cetak rompak. Orang ramai diingatkan supaya menyalurkan maklumat sebarang aktiviti yang disyaki cetak rompak ke talian hotline National Scam Response Centre (NSRC) 997, CCID Infoline 013-211 1222, KPDNHEP melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Pusat Perintah Penguatkuasaan, WhatsApp di 019-279 4317, e-mel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi Ez ADU.

 

Sumber: ASTRO