Pelajar Cemerlang SPM Raih 9A+ Akui Dengar Lagu BLACKPINK Ketika Study

Para pelajar dan calon SPM2022 telah memperoleh keputusan peperiksaan mereka pada minggu lalu.

 

Ramai juga yang berkongsi keputusan cemerlang untuk peperiksaan ini dari pelbagai latar belakang serta sekolah masing-masing.

 

Salah seorang pelajar cemerlang SPM 2022 dari Penang Free School, Pulau Pinang, Bhuvenraj Ganesh, turut berkongsi ‘rahsia’ beliau mengulangkaji pelajaran, sehinggakan beliau memperoleh keputusan 11A+ untuk peperiksaan ini.

pelajar cemerlang spm raih 9a+ akui dengar lagu blackpink ketika study

Ujarnya dalam satu temubual, beliau mendedahkan dirinya adalah salah seorang peminat K-pop.

 

“Saya berasa tenang apabila menonton kumpulan K-Pop kegemaran saya setiap kali saya tertekan. Rutin belajar saya tetap sama pada sebelah petang atau malam. Tidak seperti orang lain, saya tak belajar sehingga larut malam atau bangun awal pagi,” kata beliau.

pelajar cemerlang spm raih 9a+ akui dengar lagu blackpink ketika study

Tambahnya lagi, beliau juga adalah seorang peminat kumpulan BLACKPINK.

 

“Selain itu, saya akan menghiburkan diri saya dengan menonton dan menari lagu-lagu BLACKPINK,” katanya.

 

 

Sumber: New Straits Times