Pekerja Valet Tak Sengaja Rempuh Dua Lamborghini Milik Bilionair

Seorang pekerja valet parking gagal mengawal kenderaan jenis Lamborghini milik pelanggannya yang juga seorang bilionair, hingga menyebabkan ia berlanggar dengan Lamborghini lain.

pekerja valet tak sengaja rempuh dua lamborghini milik bilionair

Kejadian berlaku disebuah pusat hiburan dekat Perth, Australia selepas pekerja itu gagal mengawal supercar model Lamborghini Aventador Ultimae yang menyebabkan ia berlanggar dengan Lamborghini lain jenis serupa.

 

Dikatakan harga kedua-dua kereta itu sekitar £1 juta (RM5.2 juta), milik bilionair terkemuka.

pekerja valet tak sengaja rempuh dua lamborghini milik bilionair

“Kami mengesahkan bahawa dua buah kereta rosak di laluan Crown Towers Perth sejurus sebelum pukul 9 malam, Rabu lalu.

“Keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan kami. Kami sedang menjalankan penilaian penuh bagi insiden itu bersama pihak terlibat,” kata seorang jurucakap pusat hiburan itu.

 

Menerusi rakaman kejadian kemalangan itu, pekerja valet tersebut dilihat sedang duduk pada tempat pemandu, sambil pekerja lain dan orang ramai mengerumuninya.

 

“Saya benar-benar telah merosakkannya.

“Lihat bagaimana kedua-dua pedal itu berada terlalu rapat? Saya menekan brek tetapi kereta terus bergerak,” kata pekerja itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib pekerja valet itu sama ada dia masih bekerja disitu, atau juga mungkin sudah dipecat.

 

Sumber: Kosmo!