Menerusi satu tinjauan yang dilakukan, lebih satu pertiga atau 36 peratus responden di Malaysia merancang untuk berhenti kerja dalam tempoh setahun akan datang.
Ia adalah didorong dengan faktor untuk mendapatkan gaji lebih tinggi, peluang kerjaya lebih baik, pasaran buruh mengecil serta peningkatan dalam pekerjaan yang fleksibel.
Laporan itu dibuat menerusi EY2022 Work Reimagined Survey secara global di 22 buah negara, dan pekerja di Malaysia turut menjadi penentu dalam pasaran pekerjaan ini.
Dalam laporan sama, lebih separuh pekerja Malaysia (44 peratus) berkata akan terus kekal dalam organisasi mereka jika ditawarkan gaji lebih baik, 26 peratus pula mahukan fleksibiliti dalam pekerjaan dan 24 peratus lagi menyebut kenaikan pangkat sebagai faktor untuk kekal di syarikat sama.
Majoriti (95%) pula mahu bekerja secara hibrid sekurangnya dua hari seminggu.
Meskipun begitu, hanya 8 peratus majikan bersedia untuk menyemak daya saing pampasan yang ditawarkan mereka, manakala 22 peratus lagi bersetuju untuk menyediakan kemajuan dari segi kerjaya.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan berhenti kerja demi mencari pekerjaan lebih baik di masa akan datang?
Sumber: Astro AWANI