Peguam Tuntut Saman RM1 Juta Pada Penganjur Konsert BLACKPINK Gara-Gara Hilang Tempat Duduk

Baru-baru ini, seorang peguam di Malaysia telah menuntut penganjur konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sebanyak RM1 juta kerana dia telah kehilangan tempat duduknya di dalam konsert tersebut.

peguam tuntut saman rm1 juta pada penganjur konsert blackpink gara-gara hilang tempat duduk

Konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Live Nation Malaysia yang diadakan 4 Mac lalu telah mendapat sambutan hangat dari ramai peminat di negara ini. Namun, peguam tersebut yang menggunakan nama Nas Rahman di Twitter, telah meluahkan rasa kekecewaannya selepas menghadiri konsert tersebut.

 

Beliau yang berkongsi mengenai perkembangan tentang tuntutannya menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.

 

Jelasnya, beliau telah mengalami pengalaman yang pahit semasa menyertai konsert BLACKPINK di Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana dia terpaksa duduk di atas lantai dan di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.

 

Peguam tersebut juga mengakui bahawa satu daripada tempat duduknya untuk dua tiketnya, iaitu nombor 37, tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.

 

@nas.rahman Kes Saman Penganjur Konsert Blackpink iaitu Live Nation dan Go Live. Ralat: no seat adalah 36 dan 37. #blackpink #konsert #livenation #golive #saman #seathilang ♬ original sound - Nas Rahman

 

Pada 6 Mac lalu, Nas telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.

 

Namun, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga menyebabkan beliau membuat tuntutan undang-undang yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 

 

Peguam tersebut menyatakan bahawa dia akan terus mengemaskini mengenai perjalanan kes dan akan elakkan daripada memberi komen mengenai fakta dan substansi kes tersebut.

 

Sumber: Twitter