Gagal Bendung COVID-19, Lebih 100 Pegawai Di Tibet Dijatuhkan Hukuman

Gara-gara gagal membendung penularan wabak COVID-19, lebih 100 pegawai di Tibet diberi amaran serta dipecat kerja.

gagal bendung covid-19, lebih 100 pegawai di tibet dijatuhkan hukuman

Kira-kira 77 pegawai di Xigaze, bandar di barat daya Tibet, lokasi wabak tersebut bermula, dihadapkan dengan tindakan tatatertib bulan ini kerana mengabaikan tugas memerangi COVID-19. 10 daripada jumlah terbabit, diberhentikan kerja.

Menurut SCMP, Tibet menyumbang hampir 500 kes baru COVID-19 daripada hampir 1,300 kes yang dilaporkan di China pada 27 Ogos lalu.

Meskipun angka tersebut dilihat tidak setinggi yang dicatatkan di negara lain, angka tersebut bagaimanapun dianggap sebagai penularan besar-besaran di bawah dasar ketat sifar COVID-19 di negara tersebut yang bertujuan membendung penularan jangkitan tempatan.

Dalam pada itu, Profesor Madya di Universiti Nasional Singapura bagi Sekolah Lee Kuan Yew bagi Dasar Awam (LKYSPP), Alfred Wu turut mengulas mengenai langkah tersebut.

Menurut beliau, dasar sifar Covid-19 masih menjadi perkara utama dalam agenda politik China menjelang kongres parti tahun ini, walaupun kerajaan telah mengurangkan syarat kemasukan ke negara itu, dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

 

Sumber: HMetro