PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Sehingga 50 Peratus Selama Tiga Hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih, sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani, minggu ini.

pdrm tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus selama tiga hari

Program berkenaan yang akan diadakan bermula 8 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 10 Disember 2023 (Ahad), bertempat di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Bagaimanapun pengurangan kompaun saman ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkapm atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

 

Menurut PDRM, pembayaran kompaun ini hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember, dan dari ham 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember.

 

“Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan di lokasi dan seterusnya melancarkan proses pembayaran saman,” demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguasaan Trafik PDRM, Dato’ Mohd Azman bin Ahmad Sapri.

pdrm tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus selama tiga hari

Sumber: PDRM