PBB Keluarkan Amaran Ancaman Terbaru Mengenai AI, “Kita Mesti Ambil Serius..”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan amaran mengenai bahayanya kecerdasan buatan dan menggesa agar dunia bersiap sedia mengenainya.

pbb keluarkan amaran ancaman terbaru mengenai ai, “kita mesti ambil serius..”

Menurut Setiausaha PBB, António Guterres berkata, AI boleh menjadi ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear.

 

"Amaran mengenai bentuk terbaru kecerdasan buatan - AI generatif - agak membimbangkan.

"Saintis dan pakar telah menyeru dunia untuk bertindak, mengisytiharkan AI sebagai ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear. Kita mesti mengambil serius amaran itu," kata Guterres yang turut membentangkan laporan mengenai cara menangani AI di seluruh dunia.

pbb keluarkan amaran ancaman terbaru mengenai ai, “kita mesti ambil serius..”

Ujar beliau, satu pertubuhan pihak berkuasa kawal selia AI perlu ditubuhkan dan ia perlu dibuat dengan kerjasama negara anggota PBB.

 

Beliau juga mencadangkan agar pihak berkuasa sedemikian mengambil ilham daripada peranan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa seperti hari ini.

 

Sumber: Sinar Harian