Seakan Kawal Lalu Lintas, Penampakan Patung Squid Game Di Jogjakarta

Penangan siri televisyen Squid Game nyata meninggalkan banyak impak kepada penontonnya di serata dunia. Antara babak yang paling diingati dalam siri tersebut adalah “Lampu merah, lampu hijau”.

seakan kawal lalu lintas, penampakan patung squid game di jogjakarta

Disebabkan itu, satu rakaman video telah menjadi tular baru-baru ini menunjukkan penampakan patung daripada siri popular Korea Selatan itu di sebuah simpang empat Tugu Jogja, dekat Jogjakarta, Indonesia.

seakan kawal lalu lintas, penampakan patung squid game di jogjakarta

Patung robot kanak-kanak perempuan itu berdiri di tengah-tengah simpang empat, dengan ketinggian tidak jauh bezanya daripada Tugu Jogja.

seakan kawal lalu lintas, penampakan patung squid game di jogjakarta

Kepala patung itu dilihat berpusing ke kiri dan kanan, seakan-akan sedang mengawasi keadaan lalu lintas disitu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sidaivan (@sidaivan)

 

Kemudian apabila lampu isyarat bertukar hijau, patung itu kedengaran menyanyi, “Saatnya lampu hijau,” sama seperti dalam siri popular itu.

seakan kawal lalu lintas, penampakan patung squid game di jogjakarta

Rakaman video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen, namun tidak dapat dipastikan sama ada patung itu masih berada disitu atau sebaliknya.

 

Sumber: [1]