Pasport Malaysia Ke-11 Paling Berkuasa Di Dunia, Singapura Nombor Satu

Pasport merupakan dokumen penting yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti seseorang. Ia berfungsi sebagai ‘kunci’ untuk mengakses negara-negara lain, membolehkan perjalanan antarabangsa dengan lancar.

pasport malaysia ke-11 paling berkuasa di dunia, singapura nombor satu

Jika sebelum ini pemilik pasport negara Jepun menjadi yang teratas dalam senarai negara pasport paling berkuasa di dunia, takhta itu kini dipegang oleh negara jiran kita iaitu Singapura.

 

Singapura dilapor menduduki tempat pertama dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia, hasil penilaian data oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata).

pasport malaysia ke-11 paling berkuasa di dunia, singapura nombor satu

Analisa dibuat dengan melihat kepada negara yang boleh dimasuki pemegang pasport tanpa perlu membuat permohonan visa.

 

Dalam ranking terbaharu, pasport Singapura mengungguli tempat pertama sebagai pasport paling berkuasa, membolehkan pemegang pasport negara itu menggembara ke 192 daripada 227 negara tanpa perlu membuat permohonan awal visa atau visa semasa ketibaan (VOA).

 

Jerman, Itali dan Sepanyol berada di tempat kedua dengan pemegang pasport negara itu boleh memasuki ke 190 negara tanpa visa.

pasport malaysia ke-11 paling berkuasa di dunia, singapura nombor satu

Seterusnya, Jepun, Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden berada di tangga ke-3 dengan akses ke 189 destinasi tanpa perlu membuat permohonan visa.

 

Sementara itu, Malaysia berada di tempat ke-11 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia, dengan akses kepada 180 destinasi seluruh dunia tanpa perlu membuat permohonan visa.

pasport malaysia ke-11 paling berkuasa di dunia, singapura nombor satu

Terdahulu, Malaysia pernah berada di tempay ke-8 dalam senarai berkenaan kalu terakhir pada tahun 2014.

 

Negara jiran, Indonesia dan Thailand masing-masing berada ditangga ke-64 dan 69 sebagai pasport paling berkuasa di dunia.

 

Sumber: FMT