Syarikat Ini Pasang CCTV Lihat Pekerja Curi Tulang Dalam Tandas

Sebuah syarikat di China telah mengundang kritikan ramai selepas didapati memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas pekerjanya.

syarikat ini pasang cctv lihat pekerja curi tulang dalam tandas

Tindakan itu dibuat syarikat terbabit bertujuan mahu mengawasi pekerja yang curi tulang dan menghabiskan masa bekerja mereka di dalam tandas.

 

Foto daripada rakaman CCTV itu telah menjadi tular di media sosial dan ia disahkan adalah daripada tandas China Aviation Lithium Battery Technology Co., Ltd. yang terletak di Xiamen, China.

syarikat ini pasang cctv lihat pekerja curi tulang dalam tandas

Menurut laporan, kesan daripada pemasangan CCTV itu, dua pekerja syarikat terbabit telah dibuang kerja dan seorang lagi dikenakan tindakan penalti gara-gara menghabiskan banyak masa di dalam tandas semasa waktu bekerja.

 

Jurucakap syarikat mengakui foto yang tular itu adalah daripada CCTV syarikat mereka yang dipasang dalam tandas pekerja untuk tujuan terbabit.

 

Dalam foto rakaman CCTV, dapat dilihat beberapa pekerja sedang menggunakan telefon pintar sambil merokok dalam ruang tandas yang sempit semasa waktu bekerja. Pihak syarikat juga menegaskan tindakan mereka adalah tepat dan tidak melanggar privasi seseorang meskipun CCTV itu dipasang di dalam tandas.

 

Sumber: Oddity Central