Paris Hilton Kini Bergelar Ibu, Kongsi Teaser Foto Bayi Lelaki

Penyanyi antarabangsa, Paris Hilton kini telah pun bergelar ibu.

paris hilton kini bergelar ibu, kongsi teaser foto bayi lelaki

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi yang berusia 41 tahun itu bersama suaminya, Carter Reum, telah mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki mereka.

 

Hilton pada Selasa berkongsi foto jari bayinya dengan kapsyen, “Anda sudah disayangi tidak terkata.”

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

 

Memetik juga laporan dari portal People, beliau meluahkan rasa gembira dengan keluarga kecilnya ini dan teruja untuk meneruskan kehidupan bersama. Malah ruangan komennya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta para peminat.

paris hilton kini bergelar ibu, kongsi teaser foto bayi lelaki

Dalam laporan berbeza, Hilton dan suaminya Reum telah merancang untuk mempunyai bayi dengan kaedah IVF melalui khidmat doktor kesuburan, Dr Andy Huang.

 

Suami Hilton, Reum sebelum ini dikatakan pernah mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun.

 

Sumber: People / Instagram Paris Hilton