Jika anda pernah mendengar lagu I Write Sins Not Tragedy, pasti anda cukup kenal dengan kumpulan Panic! At The Disco ini.
Kini selepas hampir 20 tahun memperjuangkan muzik mereka, kumpulan ini akhirnya mengumumkan untuk berpecah dan dibubarkan.
Keputusan itu dibuat bagi membolehkan ahlinya membawa haluan masing-masing termasuklah bagi memberi fokus kepada keluarga.
Pengumuman dibuat vokalis kumpulan tersebut, Brendon Urie menerusi akaun Instagram mereka semalam.
“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.
“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perjalanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkara ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga inj sangat mengujakan buat saya,” katanya.
Bagaimanapun, Brendon terpaksa menghentikan perjalanan kumpulan itu kerana fokusnya kini adalah kepada keluarga.
“Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada.
“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya susun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.
“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” katanya.
Kumpulan Panic! At The Disco ditubuhkan pada 2004 oleh Brendon bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits kumpulan ini adalah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!
Sumber: Instagram