Ini Pandangan Waktu Siang Di Planet Marikh, Menurut NASA

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sedang menjalankan misi jelajah ke planet Marikh untuk menemui pelbagai maklumat dan petunjuk yang berkaitan dengan kehidupan luar angkasa.

ini pandangan waktu siang di planet marikh, menurut nasa

Misi ini dijalankan dengan tujuan untuk menerokai rahsia dan potensi planet Marikh bagi kepentingan sains dan pemahaman manusia mengenai alam semesta.

 

Umum sedia maklum, planet-planet di sistem suria akan beredar mengelilingi matahari, selain berputar pada paksinya membentuk fenomena siang dan juga malam.

 

Terbaharu, NASA menerusi kenderaan penjelajah Marikh iaitu Curiosity, telah menghantar beberapa gambar ke Bumi yang memaparkan panorama harian di planet itu.

ini pandangan waktu siang di planet marikh, menurut nasa

Foto mengagumkan dari Lembah Marker Band di Marikh menunjukkan perincian luar biasa, termasuk trek Curiosity di kawasan tanah merah Marikh.

 

Imej panorama itu adalah gabungan pada jam 9.20 pagi dan 3.40 petang, menggunakan kamera navigasi hitam putih yang kemudiannya diwarnakan oleh pasukan NASA di Bumi.

ini pandangan waktu siang di planet marikh, menurut nasa

ini pandangan waktu siang di planet marikh, menurut nasa

Warna biru menunjukkan keadaan pada waktu pagi, manakala kuning pada waktu petang.

ini pandangan waktu siang di planet marikh, menurut nasa

Pun begitu, masih banyak perkara mengenai Marikh yang belum diteroka manusia, dan sehingga kini masih kekal misteri.

 

Sumber: Kosmo!