Pameran Inovatif Royal Canin Malaysia Di Pet World 2023

Bermula 23 hingga 25 Jun, 2023 ini semua pemilik haiwan peliharaan boleh berkunjung ke Pet World 2023, pameran haiwan peliharaan terbesar di Malaysia. 

Dengan gerai yang menawan dan interaktif, Royal Canin Malaysia, mengalu-alukan pemilik haiwan ke pameran mereka sepanjang 3 hari itu dengan produk inovatif mereka, aktiviti menarik dan pemeriksaan percuma daripada pasukan kesihatan profesional.

pameran inovatif royal canin malaysia di pet world 2023

Royal Canin telah membangunkan rangkaian penuh produk yang menyokong keperluan setiap kucing dan anjing serta pemakanan yang disesuaikan untuk anak anjing dan anak kucing. 

Sebilangan produk ini telah dipamerkan di gerai Royal Canin di Pet World 2023, khas untuk membantu peningkatan kesedaran produk dan pendidikan Royal Canin tentang kesihatan melalui pemakanan haiwan peliharaan.

pameran inovatif royal canin malaysia di pet world 2023

"Kami amat berbangga kerana rangkaian produk Start of Life kami, untuk anak anjing dan anak kucing, telah menerima perhatian yang luar biasa daripada pemilik haiwan peliharaan dan profesional industri sejak ia dikeluarkan. 

Saya percaya pendekatan komprehensif untuk menyokong pertumbuhan dan kecergasan haiwan peliharaan telah menarik perhatian para hadirin, yang benar-benar memahami kepentingan pemakanan berkualiti untuk haiwan kesayangan kita,” kata Teh Meng Li, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia.

pameran inovatif royal canin malaysia di pet world 2023

Lebih menarik, pengunjung akan terlibat dalam perbincangan bermaklumat yang serta pengalaman positif bersama haiwan peliharaan, sambil menekankan kepentingan kesihatan keseluruhan haiwan peliharaan. 

Perbincangan ini akan tertumpu pada peranan penting pemakanan dan pemeriksaan veterinar sebagai komponen penting dalam pemilikan haiwan peliharaan. Tujuan utama Royal Canin juga adalah untuk memupuk kesejahteraan haiwan peliharaan serta memastikan kesihatan dan kebahagiaan yang optimum.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)