Pakar Seri Lupakanlah Trofi EPL!

pakar seri lupakanlah trofi epl!

Rasanya peluang Manchester United nak merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini makin tipis. Biarpun kekal di kedudukan ke-2, namun jarak skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan pendahulu, Manchester City makin jauh. United kini ketinggalan 12 mata di belakang City selepas seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Stamford Bridge.

pakar seri lupakanlah trofi epl!

Solskjaer luah kekecewaan sebaik tamat perlawanan berdepan Chelsea. Pengendali United itu berpendapat pasukannya seharusnya dihadiahkan sepakan penalti pada babak pertama selepas bola terkena tangan pertahanan Chelsea, Callum Hudson Odoi dalam kotak penalti. Namun pengadil perlawanan enggan menghadiahkan sepakan penalti kepada United biarpun selepas melihat semula insiden tersebut menerusi VAR.

Solskjaer berpendapat kenyataan beberapa pengurus yang mendakwa pengadil perlawanan terlalu mudah memberikan sepakan penalti kepada United merupakan punca pasukannya gagal meraih 3 mata penuh.

Tapi betul ke itu sebab utama Manchester United semakin ketinggalan jauh dengan Manchester City ni? Takkan lah sepanjang 90 minit tu nak berharap kepada satu sepakan penalti? Kenapa United tak terus menyerang dan berusaha mendapatkan gol dengan cara lain?

pakar seri lupakanlah trofi epl!

Dalam 7 perlawanan menentang pasukan Big 6 musim ini, United telah mengutip 5 mata, hasil daripada 5 seri dan 2 kekalahan. Tak cukup bagus kan? Dalam 7 perlawanan ini juga, United cuma berjaya jaringkan 1 gol sahaja iaitu ketika diaibkan 1-6 oleh Tottenham di Old Trafford. Lagi 6 perlawanan langsung tak ada gol. Seri tanpa jaringan 5 kali dan tewas 0-1 kepada Arsenal.
Kalau nak mencabar kejuaraan liga, bukan ini statistik yang United perlu ada. Kenapa United terlalu longlai berdepan Big 6 ni?

Kegagalan Bruno Fernandes untuk menyinar dalam perlawanan besar seperti ini merupakan salah satu faktor. Tapi bukan kesemuanya salah Fernandes. Cuba kita tengok semula kekuatan United musim ini. Mereka lebih banyak mengharapkan counter attack untuk menjaringkan gol. Maknanya, United perlu menyerap serangan pihak lawan sebelum melancarkan serangan. Selalunya, untuk menjaringkan gol berdepan pasukan Big 6 menerusi counter attack ni bukan sesuatu yang mudah.

Ketumpulan barisan serangan United. Kalau 7 perlawanan boleh jaringkan 1 gol je, maknanya something’s wrong la kan? Anthony Martial dan Marcus Rashford merupakan pemain yang banyak terima kritikan kerana kurang menjaringkan gol. Rashford dah beraksi dalam 26 perlawanan liga musim ini dan hanya menjaringkan 9 gol dan mencipta 6 bantuan gol. Martial pulak hanya mampu jaringkan 4 gol dan 3 bantuan gol dalam 21 perlawanan. Rasanya korang pun tahu kan penjaring terbanyak United musim ini? Tak lain tak bukan, Bruno Fernandes dengan 15 gol dan 10 bantuan gol.

pakar seri lupakanlah trofi epl!

Nak menggerakkan serangan harap kepada Fernandes. Jaringkan gol harap kepada Fernandes. Nak bantuan gol pun kena harapkan Fernandes. Baik Fernandes main sorang-sorang kan? Nak tak nak pemain lain kena beri sumbangan lebih kalau United ingin kembali mencabar kejuaraan.

Tapi penyokong United pun jangan la marah sangat bagaikan tiada hari esok. Cuba imbas kembali sebelum musim ini bermula. Ada ke antara anda yang jangkakan United mampu mendahului saingan liga buat seketika Januari lalu? Pernah ke terbayang yang pasukan ini mampu duduki tangga kedua mengatasi juara bertahan, Liverpool yang jauh berada kedudukan ke-6?

pakar seri lupakanlah trofi epl!

Maknanya, United sedang bergerak ke arah yang betul. Dan jangan marah sangat kepada pemain ataupun pengurus. Mereka mesti la nak menang jugak. Takkan lah main untuk kalah. Kadang-kadang kemarahan penyokong di Malaysia ni macam dia lahir dekat stadium Old Trafford. Relax lah sikit kan?
 

Oleh: Karami Kamel