Pakar dan Penyelidik Berbalah Pasal Piramid Tertua Dunia Di Indonesia

Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik telah mendakwa menemui sebuah piramid purba yang tersembunyi dibawa Gunung Padang di Indonesia sebagai piramid paling tua di dunia.

 

Dakwaan itu telah menarik perhatian beberapa ahli arkeologi yang kemudiannya mengecam kenyataan tersebut sambil menegaskan tiada satu bukti yang dikemuka penyelidik memberi justifikasi kesimpulan mereka mengenai piramid tersebut.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

Baca: Saintis Dakwa Piramid Tertua di Dunia Sebenarnya Ada Di Indonesia

 

Menurut laporan, pasukan arkelologi itu berpendapat, penempatan di tapak purba Gunung Padang mungkin dibina sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

“Data dibentangkan dalam kertas jurnal Archaeological Prospection ini tidak memberi sokongan untuk kesimpulan terakhir mereka bahawa penempatan itu sudah sangat lama. Namun, itulah yang mendorong menjadi tajuk utama.

“Saya amat terkejut kertas kerja ini diterbitkan seperti sedia ada,” kata ahli arkeologi dari Universiti Cardiff, Flint Dibble.

 

Bantahan itu mendapat perhatian pengarang jurnal Archaeological Prospection untuk melancarkan siasatan segera.

 

Bulan lalu, kumpulan penyelidik dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia berkata piramid yang ditemui itu dibina dari Zaman Ais terakhir, iaitu lebih 16,000 tahun lalu, menjadikan piramid Gunung Padang adalah berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid di Giza, Mesir, serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.

saintis dakwa piramid tertua di dunia sebenarnya ada di indonesia

Sumber: Utusan