Pakar Kesihatan Beri Amaran Virus Maut CCHF Kini Merebak Ke Eropah

Sekumpulan pakar kesihatan kini memberi amaran mengenai penularan sejenis virus pembunuh yang merebak ke serata Eropah dan menjadi ancaman terbesar kesihatan awam.

pakar kesihatan beri amaran virus maut cchf kini merebak ke eropah

Virus penyebab demam berdarah Crimea-Congo (CCHF) itu telah menjangkiti penduduk di Iraq dan Namibia serta menyebabkan dua kematian di Pakistan.

 

Menurut sumber yang memberitahu kepada Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Parlimen, jangkitan CCHF berkemungkinan besar akan dikesan di Britain tidak lama lagi. Malah, ia juga telah dikesan kini di Sepanyol.

pakar kesihatan beri amaran virus maut cchf kini merebak ke eropah

Ketua perubatan veterinar di Universiti Cambridge, James Wood berkata, CCHF boleh ditularkan melalui sengkenit. Ia berpunca dari nairovirus yang disebarkan oleh kutu dengan kadar kematian antara 10 hingga 40 peratus.

 

Lazimnya, CCHF hanya menjangkiti kelompok kecil penduduk dan terhad pada Benua Afrika, namun ia boleh menular ke pelbagai kawasan seperti Britain dan Perancis disebabkan faktor perubahan iklim.

 

Antara gejala CCHF adalah seperti sakit kepala, demam panas, sakit belakang dan sendi, sakit perut serta muntah. Pesakit juga mengalami kesan merah pada mata, muka, tekak dan bintik merah pada lelangit.

pakar kesihatan beri amaran virus maut cchf kini merebak ke eropah

Lebih parah, pesakit yang dijangkiti CCHF akan mengalami penyakit kuning, perubahan emosi dan deria rasa terganggu. Pesakit akan mengalami bengkak, pendarahan hidung selama dua minggu apabila ia berlanjutan.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini menetapkan CCHF sebagai antara sembilan penyakit keutamaan, iaitu penarafan penyakit yang memiliki risiko kesihatan awam terbesar.

 

Terdahulu, Iraq pernah bergelut dengan CCHF pada tahun lalu dengan 212 kes direkodkan antara Januari hingga 22 Mei.

 

Sumber: Euronews