Pakar memberi amaran bahawa subvarian baru Omicron iaitu, BA.4 dan BA.5 sangat mudah berjangkit sehingga ada yang mengatakan ia boleh menular seperti campak, yang dianggap sebagai penyakit virus yang paling berjangkit dalam kalangan manusia.
Menurut pakar, mereka yang berisiko tinggi atau mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang berisiko tinggi, perlu memakai topeng di dalam rumah, walaupun hanya untuk berlari ke dalam tandas atau mengambil sesuatu dengan cepat dari kedai.
Memetik laporan CBS Boston, kebiasaannya ia hanya mengambil masa kira-kira 15 minit menjangkiti mereka yang merupakan kontak rapat.
Bagaimanapun, peraturan 15 minit itu tidak lagi terpakai buat subvarian baru ini berikutan sifatnya yang sangat mudah menular.
Ia berikutan, subvarian yang lebih baru ini dikatakan mempunyai mutasi tambahan dalam protein spike yang membolehkan mereka untuk mengelak imuniti. Demikian, mereka yang pernah hidap COVID-19 sebelum ini pun belum gerenti akan ‘kebal’ daripadanya.
Sumber: [1]