Ahli Zoologi Dakwa Alien Makhluk Yang Baik & Suka Dipeluk

Seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge mendakwa makhluk asing atau juga disebut sebagai alien, sebenarnya makhluk yang baik dan tidak makan manusia seperti yang digambarkan dalam filem sains fiksyen.

ahli zoologi dakwa alien makhluk yang baik & suka dipeluk

Dr. Arik Kershenbaum berkata, meskipun tiada siapa tahu rupa sebenarnya makhluk asing, beliau mempunyai teori mereka tidaklah seganas yang digambarkan dalam filem, malah makhluk itu juga suka untuk dipeluk.

 

Menurut beliau, imej paling realistik tentang makhluk asing mungkin sebenarnya bersaiz mikroskopik. Namun jika mungkin ia bersaiz besar, mungkin ia kelihatan seperti watak Tribble dalam filem Star Trex.

ahli zoologi dakwa alien makhluk yang baik & suka dipeluk

“Sekiranya saya perlu memilih rupa makhluk asing yang masuk akal, saya akan fikir ia kelihatan seperti Tribble,” katanya.

 

Beliau menambah, makhluk asing juga mempunyai tubuh badan yang mampu memberi kelebihan kepadanya.

 

Kebanyakkan makhluk asing sering digambarkan menyerupai manusia dengan dua kaki, lengan dan dua mata, namun jelasnya banyak lagi reka bentuk tubuh lain yang boleh dimiliki seperti menyerupai cacing, ikan atau labah-labah.

 

Sumber: [1]