Dapat Jimat Banyak Masa, Pakar Cadang Doktor Guna ChatGPT Dalam Urusan Kerja

Seorang pakar jantung dari Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) di United Kingdom telah mencadangkan penggunaan ChatGPT dalam membantu urusan kerja doktor.

dapat jimat banyak masa, pakar cadang doktor guna chatgpt dalam urusan kerja

Dr Samer Alabed, pakar radiologis kardiak dari Sheffield Teaching Hospitals NHS Foundation Trust berkata, penggunaan program kecerdasan buatan, ChatGPT dapat membantu menjimatkan masa doktor seterusnya dapat membantu merawat lebih ramai pesakit.

 

Ujarnya, pada saat ini, ChatGPT menggunakan data sedia ada untuk merumuskan jawapan dan menghasilkan teks, yang telah digunakan oleh pelbagai profesional dan pelajar untuk pelbagai tujuan.

dapat jimat banyak masa, pakar cadang doktor guna chatgpt dalam urusan kerja

Namun, jika perisian ini hendak digunakan dalam bahagian perubatan, ia perlu dilatih untuk menafsir dan menulis catatan yang tepat sebelum pesakit didiagnos.

 

"Radiologis mengambil masa 45 minit untuk menganalisis imbasan ini dan menulis laporan. Kami menganggarkan klinikal NHS menghabiskan 115,000 jam setahun untuk menyusun laporan imbasan jantung."

"Jika kami dapat menggunakan perisian seperti ChatGPT untuk melakukan kerja ini, kami dapat menjimatkan sejumlah masa yang boleh digunakan untuk merawat lebih ramai pesakit," kata Dr. Alabed.

 

Perisian ChatGPT juga katanya berpotensi untuk menterjemahkan terma perubatan teknikal kepada bahasa bukan perubatan bagi meningkatkan komunikasi dengan pesakit di hospital.

dapat jimat banyak masa, pakar cadang doktor guna chatgpt dalam urusan kerja

Oleh itu, satu pasukan ahli kardiologi termasuk Dr. Alabed sedang menguji program ini dengan harapan dapat membawa penggunaan AI yang lebih meluas di hospital suatu hari nanti.

 

Setakat ini, ujian klinikal di Sheffield Teaching Hospital telah menemui bahawa program kecerdasan buatan yang direka khas boleh menjalankan analisa jantung yang rumit serta mengenal pasti tanda-tanda penyakit. Ini dapat menjimatkan purata masa selama 20 minit, tetapi doktor masih perlu menulis laporan menggunakan kepakaran sendiri.

 

Malah, terdapat juga kecuaian berkaitan penggunaan AI kerana keputusan bergantung kepada kualiti data yang ada, dan sumber data tersebut memerlukan kemas kini yang lebih kerap untuk mengekalkan ketepatan data sepenuhnya.

 

Ini adalah masalah yang disedari oleh Dr. Alabed dan pasukannya ketika ini.

 

"Ketika kami memasukkan data imbasan ke dalam ChatGPT, kami mendapati bahawa kadang-kadang ia menambah butiran tambahan yang dibuat-buat atau tidak tepat," katanya.

"Langkah seterusnya adalah untuk mencari cara melatih ChatGPT supaya memberikan analisa yang tepat, dan pesakit dapat diagnosis dengan betul."

 

 

Sumber: Daily Star