COVID-19: Pakar Bimbang Penularan Varian Centaurus

Sekumpulan pakar virologi meluahkan rasa bimbang akan kemunculan satu lagi varian Omicron yang disebut sebagai Centaurus.

covid-19: pakar bimbang penularan varian centaurus

Subvarian itu didapati menular dengan lebih pantas selepas Belanda mengesan kehadirannya.

.

Menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda, Centaurus telah mula dikenalpasti pada Mei lalu dan kini pantas merebak kepada orang ramai misalnya di AS, Britain, Jerman dan Australia.

.

Bagaimanapun Centaurus atau subvarian B.A.2.75 ini belum dikenalpasti lebih kebal hingga menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada. Tiada bukti jelas yang mengaitkan Centaurus dengan penyakit lebih serius berbanding versi asal Omicron.

.

“Hanya sedikit yang diketahui tentang BA.2.75 walaupun ia dipercayai dapat menembusi ‘pertahanan’ sedia ada terhadap SARS-CoV-2 melalui perubahan kecil dan spesifik,” kata pakar terkemuka COVID-19.

covid-19: pakar bimbang penularan varian centaurus

Subvarian ini telah menjadi strain dominan di India, menunjukkan ia lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.5.

.

Sumber: [1]