Pakar Beri Amaran AI Berisiko Cetus Pandemik Baharu Yang Boleh Bawa Maut

Seorang pakar tampil memberi amaran bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu mencetuskan pandemik yang boleh membawa maut jika ia disalahgunakan.

pakar beri amaran ai berisiko cetus pandemik baharu yang boleh bawa maut

Menurut bekas eksekutif Google dan perintis AI, Mustafa Suleyman, AI boleh digunakan untuk menghasilkan sejenis virus atau bakteria baharu yang boleh membawa maut dan kebal terhadap rawatan.

 

Menurut beliau, virus atau bakteria yang diciptakan menerusi AI itu boleh merebak lebih pantas atau membawa maut dan akhirnya berpotensi membunuh manusia seperti wabak.

pakar beri amaran ai berisiko cetus pandemik baharu yang boleh bawa maut

“Kita bekerja dengan teknologi berbahaya. Kita perlu mengehadkan siapa yang boleh menggunakan perisian AI, sistem awan dan beberapa bahan biologi,” katanya.

 

Beliau berkata sedemikian menerusi satu episod audio siar atau podcast bertajuk The Diary of A CEO.

Malah sebelum ini sebilangan penyelidik turut mengeluarkan amaran bahawa AI boleh disalahgunakan untuk mencipta senjata kimia baharu.

 

Beberapa syarikat AI juga mengakui potensi bahaya yang boleh dicetuskan AI seperti yang diluahkan OpenAI, Google Deepmind dan Stabiliti AI.

 

Sumber: Futurism