Pakar Bedah Di Gaza Ini Terpaksa Potong Kaki Anak Sendiri Tanpa Bius [Video]

Seorang pakar bedah di Gaza, Palestin terpaksa menahan emosi kerana membuat prosedur pembedahan amputasi anggota badan anaknya sendiri tanpa sebarang bius.

pakar bedah di gaza ini terpaksa potong kaki anak sendiri tanpa bius [video]

Lebih memilukan, usahanya untuk menyelamatkan anak sendiri gagal apabila anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.

 

Ia susulan daripada luka parah yang dialami dan tidak mampu lagi bertahan dengan kesakitan dialami selepas kebanyakkan pusat kesihatan di Gaza lumpuh, selain kehabisan bekalan termasuk ubat-ubatan dan peralatan hospital.

 

Video yang memaparkan kesedihan bapa ini telah dimuatnaik menerusi akaun Tiktok milik jurugambar Palestin, Motaz Aziza, dan dikongsikan semula oleh beberapa akaun Tiktok lain.

 

@gall0561 #trending #fyp #usa ♬ الصوت الأصلي - tahakousa

 

Dapat dilihat wajah sedih si bapa sebaik sahaja beliau keluar daripada sebuah khemah yang dijadikan bilik bedah sementara, selepas beliau gagal menjalankan prosedur pembedahan ke atas anaknya itu.

pakar bedah di gaza ini terpaksa potong kaki anak sendiri tanpa bius [video]

Sebelum ini, tular video memaparkan kanak-kanak lelaki Gaza membaca ayat Al-Quran sebagai penahan sakit ketika prosedur pembedahan dijalankan tanpa bius pada kakinya yang parah.

hanya al-quran sebagai penenang, rakyat gaza meraung sakit jalani pembedahan tanpa bius

Baca juga: Hanya Al-Quran Sebagai Penenang, Rakyat Gaza Meraung Sakit Jalani Pembedahan Tanpa Bius

 

Sumber: Tiktok