Betul Ke Pakai Henna Buat Kulit Berparut Kekal?

Inai adalah sejenis pewarna semula jadi yang diekstrak daripada pokok inai dan popular digunakan sebagai hiasan pada kulit atau bagi menghitamkan rambut.

betul ke pakai henna buat kulit berparut kekal?

Inai yang diukir pada tangan biasanya boleh kekal sehingga beberapa hari atau minggu, bergantung jenisnya. Biasanya, inai semula jadi akan mempunyai warna seakan merah, coklat atau oren namun turut boleh menjadi hitam jika dicampur bahan lain.

betul ke pakai henna buat kulit berparut kekal?

Meskipun inai sudah menjadi tradisi turun-temurun, khasnya ketika majlis perkahwinan, penggunaan inai ini sebenarnya boleh membawa kepada mudarat, lebih lagi henna pada kulit.

 

Memetik laporan dari Hello Doktor, inai boleh menjadi bahaya jika inai yang digunakan itu adalah inai hitam atau henna kerana biasanya ia mengandungi bahan kimia  paraphenylenediamine (PPD). PPD adalah sejenis bahan yang mungkin boleh jadi punca kerengsaan dan keradangan pada kulit. Akibatnya, ia boleh meninggalkan parut kekal pada si pemakai.

betul ke pakai henna buat kulit berparut kekal?

Antara kesan negatif penggunaan inai hitam ini adalah ia boleh memanjangkan tempoh inai itu melekat, menyebabkan reaksi alergi pada kulit, ketidakselesaan, rasa pedih seakan terbakar atau melecur dan keradangan.

 

Malah, terdapat kes yang melibatkan seorang kanak-kanak wanita di mana tangannya tumbuh gelembung air selepas terlalu lama memakai inai hitam. Akibatnya, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan minor hingga menjadi parut kekal pada tangannya.

 

Bagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk memakai inai semula jadi yang tidak ditambah bahan kimia lain. Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar kulit terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk inai. Mencegah lebih bagi daripada mengubati kan?

 

Sumber: Hello Doktor