Orang Tertentu Je Pernah Nampak Rumah Ini, Tapi Apa Maksudnya?

Mungkin ada antara kita yang tidak pernah melihat gambar rumah ini, atau sesetengah tempat menggunakan gambar belon udara panas sebagai ganti.

orang tertentu je pernah nampak rumah ini, tapi apa maksudnya?

Bagi mereka yang biasa dan pernah melihat rumah ini, apa sebenarnya tujuan alat ini dan mengapa ia digunakan?

orang tertentu je pernah nampak rumah ini, tapi apa maksudnya?

Dikenali sebagai autorefractor, ia ialah mesin yang digunakan untuk mengukur ralat biasan mata seseorang dan preskripsi untuk cermin mata atau kanta sentuh. Ini diuji dengan mengukur bagaimana cahaya berubah apabila ia memasuki mata seseorang.

orang tertentu je pernah nampak rumah ini, tapi apa maksudnya?

Ketika ujian dilakukan, seseorang itu akan duduk berhadapan dengan mesin dan melihat kedalam alat pemerhati. Disini, kita akan dapat melihat objek yang biasanya menggunakan rumah atau belon udara panas sebagai titik fokus. Gambar bergerak masuk dan keluar dari fokus semasa mesin mengambil bacaan untuk menentukan bila imej berada di retina.

orang tertentu je pernah nampak rumah ini, tapi apa maksudnya?

Ujian mata menggunakan autorefractor ini adalah cepat, mudah dan tidak menyakitkan.

 

Secara umumnya, individu dewasa yang mungkin tiada sebarang isu berkaitan penglihatan perlu berjumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun. Namun jika anda memakai cermin mata, kanta lekap atau ada kondisi seperti diabetes, maka anda sangat disarankan untuk berjumpa pakar mata dengan lebih kerap.

 

Jangan tunggu sehingga mata anda mempunyai masalah untuk mendapatkan pemeriksaan pada doktor. Pemeriksaan, rawatan dan ubatan awal mungkin boleh menyelamatkan mata anda.

 

Sumber: Hello Doktor